FAQ - Frequently Asked Question at Uji Fesyen

πŸ“Œ UJI FESYEN – SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Apakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Uji Fesyen?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Uji Fesyen adalah butik yang mengkhusus dalam rekaan pakaian tradisional Melayu seperti Baju Kurung dan Kebaya. Kami menawarkan dua kategori utama:

  • BESPOKE (Custom-Made): Rekaan eksklusif yang disesuaikan mengikut bentuk badan dan citarasa Puan.
  • Ready-Made: Koleksi siap pakai yang sedia untuk dibeli.
  • Kelas Jahitan: Kelas praktikal untuk wanita yang ingin mempelajari seni menjahit pakaian tradisional.

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

Uji Fesyen is a boutique specializing in traditional Malay attire such as Baju Kurung and Kebaya. We offer two main categories:

  • BESPOKE (Custom-Made): Exclusive designs tailored to your body shape and preferences.
  • Ready-Made: Ready-to-wear collections available for purchase.
  • Sewing Classes: Hands-on classes for women interested in learning the art of sewing traditional garments.

2. Bagaimana cara untuk tempah BESPOKE Custom-Made?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

  1. Bayar yuran konsultasi RM300 sebagai komitmen (diperlukan untuk setiap rekaan/set).
  2. Tempah slot temujanji konsultasi rekaan & ukuran bersama kami.
  3. Sesi rekaan & pengukuran dijalankan secara bersemuka β€” sama ada di butik kami, di lokasi pilihan Puan yang sesuai, melalui perkhidmatan khas dari pintu ke pintu atas permintaan, atau secara virtual.
  4. Rekaan eksklusif disediakan berdasarkan bentuk badan & pilihan Puan.
  5. Buat bayaran penuh untuk tempahan selepas rekaan dipersetujui.
  6. Proses jahitan dimulakan, mengikut jadual & tahap kerumitan.
  7. Baju siap & diserahkan secara fizikal / penghantaran (bergantung kepada pilihan Puan).

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

  1. Pay a RM300 consultation fee as a commitment (required per design/set).
  2. Schedule your design & fitting appointment with our team.
  3. Attend the in-person consultation session β€” either at our boutique, at a convenient location of your choice, through our special door-to-door service upon request, or virtually.
  4. A custom design is created to suit your body shape and preferences.
  5. Make full payment once the design is confirmed.
  6. Production begins, depending on complexity and queue.
  7. Receive your completed outfit either by pickup or delivery.

3. Apakah kos tempahan BESPOKE jika saya membawa kain sendiri?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Kos tempahan merangkumi:

  • Konsultasi Rekaan: Perbincangan mendalam untuk memahami citarasa dan keperluan Puan.
  • Pembuatan: Proses jahitan profesional oleh tukang jahit berkemahiran tinggi.

Nilai Terpenting dalam Kos Tempahan BESPOKE:

Apa yang membezakan Uji Fesyen adalah teknik potongan eksklusif yang kami gunakan. Setiap rekaan disesuaikan mengikut bentuk badan unik Puan dan jenis kain yang dipilih. Ini memastikan pakaian yang dihasilkan bukan sahaja cantik, tetapi juga selesa dan sesuai dengan personaliti Puan.

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

The order cost includes:

  • Design Consultation: In-depth discussions to understand your preferences and requirements.
  • Craftsmanship: Professional tailoring by skilled artisans.

Key Value in BESPOKE Order Cost:

What sets Uji Fesyen apart is our exclusive cutting techniques. Each design is tailored to your unique body shape and the type of fabric chosen. This ensures that the garment produced is not only beautiful but also comfortable and aligned with your personality.


4. Apakah pilihan lokasi untuk sesi konsultasi rekaan & pengukuran?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Sesi konsultasi dan pengukuran boleh dilakukan:

  • Di butik Uji Fesyen di Sungai Petani, Kedah:
    Alamat: No.35, Jalan N-City 1/1, N-City, Sungai Petani, Kedah.
  • Di lokasi pilihan Puan yang sesuai, melalui perkhidmatan khas dari pintu ke pintu atas permintaan.
  • Secara virtual melalui panggilan video.

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

Consultation and fitting sessions can be conducted:

  • At Uji Fesyen boutique in Sungai Petani, Kedah:
    Address: No.35, Jalan N-City 1/1, N-City, Sungai Petani, Kedah.
  • At a convenient location of your choice, through our special door-to-door service upon request.
  • Virtually via video call.

5. Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan tempahan BESPOKE?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Tempoh siap tempahan bergantung kepada jenis rekaan, jenis kain, kerumitan rekaan, dan jumlah tempahan semasa. Secara amnya:

  • Rekaan ringkas: 3–4 minggu
  • Rekaan kompleks: 4–8 minggu atau lebih

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

The completion time depends on the design type, fabric, complexity, and current order volume. Generally:

  • Simple designs: 3–4 weeks
  • Complex designs: 4–8 weeks or more

6. Adakah Uji Fesyen menawarkan penghantaran ekspres untuk tempahan BESPOKE?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Ya, kami menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres untuk tempahan BESPOKE dengan bayaran tambahan. Jika Puan memerlukan tempahan disiapkan dan dihantar dalam tempoh yang lebih singkat, sila maklumkan kepada kami semasa sesi konsultasi. Kami akan menilai keperluan tersebut berdasarkan jadual semasa dan kerumitan rekaan.

Nota: Caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan ini, dan ketersediaan bergantung kepada kapasiti pengeluaran semasa.

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

Yes, we offer express delivery services for BESPOKE orders at an additional cost. If you require your order to be completed and delivered within a shorter timeframe, please inform us during the consultation session. We will assess the feasibility based on our current schedule and the complexity of the design.

Note: Additional charges apply for this service, and availability depends on current production capacity.


7. Bagaimana dengan jadual penghantaran untuk tempahan siap?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Penghantaran dilakukan selepas tempahan siap sepenuhnya. Kami menawarkan:

  • Pengambilan di butik: Puan boleh mengambil sendiri di butik kami.
  • Penghantaran domestik: Menggunakan perkhidmatan kurier tempatan. Tertakluk kepada caj tambahan dan masa penghantaran yang berbeza.
  • Penghantaran antarabangsa: Menggunakan perkhidmatan kurier antarabangsa. Tertakluk kepada caj tambahan dan masa penghantaran yang berbeza.

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

Delivery is arranged once the order is fully completed. We offer:

  • In-store pickup: You may collect your order at our boutique.
  • Domestic shipping: Via local courier services. Subject to additional charges and varying delivery times.
  • International shipping: Via international courier services. Subject to additional charges and varying delivery times.

8. Adakah Uji Fesyen menawarkan koleksi Ready-Made?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Ya, kami mempunyai koleksi Ready-Made yang sedia untuk dibeli. Puan boleh melihat koleksi terkini di laman web kami atau menghubungi kami untuk temujanji ke butik.

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

Yes, we have a Ready-Made collection available for purchase. You can view the latest collection on our website or contact us to schedule an appointment at our boutique.


9. Adakah Uji Fesyen menawarkan kelas jahitan?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Ya, kami menawarkan kelas jahitan untuk wanita yang ingin meningkatkan kemahiran atau memulakan perniagaan fesyen dari rumah. Klik pautan β€œKelas Jahitan” untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

Yes, we offer sewing classes for women interested in enhancing their skills or starting a fashion business from home. Click the β€œSewing Classes” link for more details and registration.


10. Adakah Uji Fesyen mempunyai media sosial lain?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Ya, kami aktif di media sosial. Anda boleh mengikuti kami di platform berikut:

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

Yes, we are active on social media. You can follow us on the following platforms:


11. Bolehkah saya membawa kain sendiri untuk tempahan BESPOKE?

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bahasa Malaysia:

Ya, Puan boleh membawa kain pilihan Puan sendiri untuk tempahan BESPOKE. Kami akan membantu Puan menilai kesesuaian kain tersebut dengan rekaan yang diingini.

Kos tempahan adalah termasuk kos design consultation dan kos craftmanship tidak termasuk kos kain. Kos akhir tempahan akan bergantung kepada jenis rekaan dan jenis kain yang dipilih.

πŸ‡¬πŸ‡§ English:

Yes, you may bring your own fabric for BESPOKE orders. We will help assess the suitability of the fabric with your chosen design.

The cost of the order includes design consultation and craftsmanship, but does not include fabric costs. The final cost will depend on the design and type of fabric selected.


Note: For any further queries or to place an order, please contact us through our social media platforms or website.