Polisi Pemulangan & Pertukaran | Uji Fashion Sdn Bhd

POLISI PEMULANGAN & PERTUKARAN

Uji Fashion Sdn Bhd

Di Uji Fashion Sdn Bhd, setiap tempahan dan pendaftaran diurus secara profesional dan eksklusif, dengan peruntukan masa, kepakaran serta perancangan rekaan dan program yang khusus.
Sila baca polisi ini dengan teliti sebelum membuat tempahan atau pendaftaran.


A. BESPOKE DESIGN (CUSTOM-MADE)

1. Slot Tempahan & Musim Puncak

  • Tempahan Bespoke Design adalah slot terhad dan dikendalikan secara eksklusif, terutamanya semasa musim puncak (Raya).
  • Slot tertakluk kepada kapasiti pengeluaran dan boleh ditutup tanpa notis awal apabila kapasiti penuh.
  • Tempahan diproses mengikut batch yang ditetapkan dan tarikh siap akan dimaklumkan lebih awal.

2. Design Consultation Fee (Yuran Komitmen)

  • Setiap tempahan bespoke WAJIB melalui sesi design consultation dan pengambilan ukuran badan.
  • Yuran konsultasi rekaan adalah RM350 bagi setiap design/sepasang, dibayar sebagai komitmen pelanggan bagi:
    • peruntukan masa konsultasi profesional,
    • pembangunan dan perancangan rekaan,
    • serta pengurusan slot tempahan secara khusus.
  • Yuran RM350 ini tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan tidak meneruskan tempahan selepas sesi konsultasi.
  • Sekiranya tempahan diteruskan, RM350 akan ditolak daripada jumlah harga akhir.

3. Nilai Tempahan & Penentuan Harga

  • Tempahan Bespoke Design bermula dari RM350 setiap design/sepasang.
  • Nilai akhir tempahan adalah tertakluk kepada:
    • jenis dan tekstur material fabrik,
    • jenis fabrik (plain, bercorak, batik print, batik block, batik lukis, bersulam),
    • keperluan susunan corak, arah kain atau placement motif,
    • tambahan detailing / embellishment (lace, manik, diamond, prada, sequin, sulaman),
    • keperluan extra-care handling untuk fabrik atau material tertentu,
    • keperluan add-on lining atau kemasan tambahan.
  • Semua kos tambahan akan dirujuk dan dimuktamadkan semasa sesi konsultasi sebelum tempahan diteruskan.

4. Polisi Pembatalan & Pemulangan

  • Tiada pemulangan wang (No refund) untuk semua tempahan Bespoke Design.
  • Tiada pembatalan dibenarkan selepas pelanggan mengesahkan untuk meneruskan tempahan.
  • Slot tempahan dianggap disahkan sepenuhnya selepas bayaran dibuat.

5. Perubahan Rekaan Selepas Pengesahan

  • Pakaian akan dihasilkan berdasarkan rekaan yang dipersetujui semasa sesi konsultasi.
  • Sebarang perubahan rekaan selepas pengesahan:
    • tertakluk kepada kos tambahan,
    • boleh memberi kesan kepada tempoh siap (delivery impact),
    • dan hanya akan dipertimbangkan jika diterima oleh Uji Fashion Sdn Bhd.

6. Isu Kualiti (Workmanship)

  • Sebarang isu berkaitan kualiti hasil kerja hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 3 hari selepas menerima pakaian.
  • Jika disahkan, penyelesaian yang bersesuaian seperti alteration akan diberikan.
  • Tiada refund atau exchange untuk tempahan Bespoke Design.

B. READY-MADE ITEMS

  • Tiada refund untuk semua item ready-made.
  • Pertukaran (exchange) hanya dibenarkan bagi:
    • salah saiz, atau
    • salah item dihantar.

Syarat Pertukaran

  • Permohonan mesti dibuat dalam tempoh 7 hari selepas item diterima.
  • Item mestilah:
    • tidak dipakai,
    • tidak dibasuh,
    • tag dan pembungkusan asal lengkap.
  • Pertukaran hanya terhad kepada item nilai sama atau lebih rendah, tertakluk kepada stok.
  • Kos penghantaran pemulangan ditanggung oleh pelanggan.

Cara Mohon Pertukaran

Sila emel ke ujifesyen@gmail.com dengan:

  • Nombor pesanan (Order number)
  • Sebab pertukaran
  • Gambar resit dan item

Semua permohonan tertakluk kepada pengesahan dan kelulusan pihak Uji Fashion Sdn Bhd.


C. PROGRAM LATIHAN JAHITAN & FESYEN

Polisi Pendaftaran & Pemulangan

  • Semua pendaftaran untuk Program Latihan Jahitan & Fesyen (kelas jahitan, kursus, bengkel atau latihan berkaitan fesyen) adalah tidak boleh dipulangkan (non-refundable).
  • Yuran pendaftaran dianggap sebagai komitmen peserta bagi:
    • pengesahan tempat,
    • peruntukan fasiliti, bahan pembelajaran dan tenaga pengajar,
    • serta perancangan dan pelaksanaan program.

Pembatalan & Ketidakhadiran

  • Tiada pemulangan yuran akan dibuat sekiranya peserta:
    • menarik diri,
    • gagal hadir,
    • atau tidak dapat menyertai program selepas pendaftaran disahkan.

Penjadualan Semula & Perubahan Program

  • Penjadualan semula hanya akan dipertimbangkan sekiranya:
    • program ditangguhkan atau dijadualkan semula oleh pihak Uji Fashion Sdn Bhd, atau
    • atas budi bicara pihak penganjur, tertakluk kepada ketersediaan slot.
  • Uji Fashion Sdn Bhd berhak membuat perubahan munasabah terhadap tarikh, masa, lokasi, tenaga pengajar atau kandungan program tanpa menjejaskan objektif utama program.

D. ITEM TIDAK LAYAK PERTUKARAN / PEMULANGAN

  • Item promosi / clearance
  • Kad hadiah (Gift card) / kredit kedai (store credit)
  • Item rosak akibat salah guna, penjagaan tidak betul atau ubah suai pihak ketiga